Rami Malik puas berdepan diskriminasi
LOS ANGELES: Pelakon, Rami Malek, 43, mendedahkan dia dan keluarganya puas berdepan diskriminasi disebabkan status mereka sebagai warga asing di Amerika Syarikat.
Rami yang berasal dari Kaherah, Mesir berkata dia membesar dalam keadaan sukar kerana sering dipandang serong masyarakat hanya kerana berstatus imigran.
“Wajah saya kelihatan berlainan berbanding penduduk setempat meskipun saya kerap disangka sebagai lelaki ‘kulit putih’.
“Kedatangan kami sekeluarga jelas sekali tidak dialu-alukan masyarakat,” kongsinya yang membesar di selatan California pada era 90-an.
Bintang filem Bohemian Rhapsody ini turut menceritakan pengalamannya ditangkap pihak berkuasa kerana dituduh mencuri beg seorang wanita.
“Saya disangka suspek yang berketurunan latin dan merompak kedai minuman keras serta mencuri beg.
“Namun saya diselamatkan seorang rakan yang menjelaskan kepada pihak polis bahawa saya bukan suspek yang mereka cari.
“Namun pengalaman itu tetap mencemaskan kerana saya hampir meringkuk dalam penjara,” kongsinya.
Pada masa yang sama, Rami mengakui sering disoal siasat pihak berkuasa disebabkan namanya.
Namun beliau bersyukur kerana situasi tersebut tidak lagi berlaku selepas ramai yang mengenali beliau kerana statusnya sebagai pelakon.
“Pihak berkuasa tidak lagi menahan saya di lapangan terbang kerana mereka kenal saya menerus filem Bohemian Bohemian Rhapsody,” kongsinya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source