Kononnya Nak Cari Ketenangan, Hafiz Suip Menyesal Padam Instagram
Penyanyi Hafiz Suip mengakui menyesal kerana terlalu mengikut perasaan sehingga memadam akaun Instagram pada pertengahan tahun lalu.
Memetik Kosmo, Hafiz berkata ketika itu dia selubungi amarah disebabkan masalah rumah tangga serta ketika itu sedang hangat kisah artis menyatakan sokongan terhadap Isr**l.
BACA: “Anak-Anak Terseksa, Saya Sanggup Buat Apa Saja Untuk Mereka” – Hafiz Suip
“Saya mengakui membuang akaun kerana marahkan keadaan ketika itu. Kebetulan pada masa sama sedang hangat kisah artis sokong Is***l.
“Jadi sudah alang-alang, saya buat keputusan untuk buang sahaja akaun Instagram saya kononnya mahu cari ketenangan.
“Tapi rupanya itu satu kesilapan besar kerana pada waktu itu sudah ada lebih 800,000 pengikut. Saya bercadang buka akauan baharu tetapi mungkin menggunakan nama syarikat,” katanya.
Sementara itu, Hafiz berkata masa ini dia menggunakan akaun Facebook dan TikTok untuk berkongsikan mengenai perkembangan kerjaya seninya.
Dalam pada itu, Hafiz berkata hatinya makin tenang selepas membuka mulut mengenai kemelut rumah tangganya dengan isteri, Nureffy Jasreel Abdullah.
“Saya buat keputusan pulang ke Kuching kerana terlalu banyak memori di sana selain dekatkan diri dengan orang tersayang terutama ibu yang sakit kencing manis dan terpaksa dipotong sebelah kakinya.
“Tapi lama-kelamaan saya fikir, kalau terus di sana saya takkan keluar daripada kesedihan. Jadi saya mula aktif menyanyi supaya tak terus larut dalam emosi.
“Pada masa sama saya juga kena selalu pulang ke Kuala Lumpur untuk jenguk anak-anak yang tinggal bersama isteri. Alhamdulillah saya bebas berjumpa anak-anak,” katanya.
Pada awal Januari, Hafiz akhirnya mengesahkan dia dan isterinya dalam proses bercerai serta sudah tidak lagi tinggal sebumbung.
SUMBER: Kosmo
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source