Berjaya Jual Ratusan Ribu Botol, Isteri Azlan Komeng Terima Anugerah Usahawan
Pelakon Azlan Komeng kesal dengan tuduhan netizen menggelar dirinya suami tidak bertanggungjawab kerana membiarkan isterinya, Nur Nilam Ortiz bekerja seorang diri untuk menanggung keluarga.
Memetik mStar Online, Azlan berkata dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai suami sebaliknya membantu isterinya terutama dalam bidang peniagaan yang sedang mereka usahakan.
BACA: Bakal Berlakon Walau Berkerusi Roda, Azlan Komeng Terharu Zul Huzaimi Tawar Kerja
“Komen saya senang saja, di sebalik orang depan kamera tu pasti ada orang sokong di belakang jadi itulah saya, memang orang nampak isteri saya banyak bercakap tapi tak semestinya saya tak buat apa-apa sebab saya bantu sediakan bahan.
“Tak perlu pun untuk orang tahu yang penting kita buat sebab kalau fikir mulut orang nanti akan pening nak jawab, sampai bila-bila tak selesai… tak penting orang cakap apa tapi yang penting rumah tangga kami baik,” katanya.
Sementara itu, Nur Nilam berkata dia terkejut apab ila menerima anugerah khas tokoh di majlis Ushawan Madani 2025 di Hotel Concorde Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Difahamkan, Nilam menerima anugerah tersebut di atas pencapaiannya mendapat jualan paling banyak dalam tempoh sebulan.
“Terkejut sebenarnya tak sangka pula dapat anugerah ni sebab ingatkan scammer mulanya, dalam masa sebulan saja meniaga tapi alhamdulilah jualan cecah ratus ribu botol minyak tu sebab mereka anugerahkan tokoh ni kepada saya,” katanya.
Terdahulu, Nur Nulam berkata dia dan suami tidak pernah terfikir untuk membuka tabung sumbangan untuk menampung keperluan hidup selepas Azlan terlantar sakit akibat kemalangan.
SUMBER: mStar Online
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source