Chelsea pasang muslihat jerat Man. City
LONDON – Pengurus Chelsea, Enzo Maresca memberi bayangan bahawa kelab itu mempunyai muslihat untuk berdepan Manchester City pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Etihad awal pagi esok.
Maresca menjelaskan Cole Palmer akan kekal memainkan peranan besar buat The Blues walaupun terpaksa berdepan bekas rakan sepasukannya dan mantan pengurusnya, Pep Guardiola.
“Ketika menentang Wolverhampton (Wanderers), kita dapat lihat ia adalah salah satu daripada aksi terbaik Cole (Palmer) khususnya daripada aspek kepimpinannya semasa pasukan berada dalam keadaan sukar.
“Pada aksi sebelum ini, Cole ada masalah pada buku lalinya, namun masih terus meminta bola dan mengetuai pasukan. Sudah pasti saya gembira dengan prestasinya.
“Kita perlu lihat pemain seperti ini, bukannya hanya mereka menghasilkan jaringan atau cipta bantuan gol. Meeka adalah cukup penting buat pasukan memburu keputusan baik,” katanya.
Sejak menyertai The Blues pada musim panas 2023, Palmer sentiasa menghadirkan impak kepada pasukan dan Maresca juga menghamburkan pujian tinggi buatnya.
Hasilnya, pemain tengah menyerang berusia 22 tahun itu sudah meledak 36 gol daripada 55 aksi EPL sejak menyertai Chelsea termasuk 14 jaringan musim ini.
Berbanding City, Chelsea mempunyai tempoh rehat lebih lama sekali gus memberi harapan kepada misi membalas dendam selepas mereka tewas pada pertemuan pertama, Ogos tahun lalu. – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source