Himpunan Rakyat Benci Rasuah tuntut tiga perkara dari Anwar
KUALA LUMPUR: Sekretariat Himpunan Rakyat Benci Rasuah menuntut tiga perkara daripada kerajaan bagi memastikan politik Malaysia bersih dan bebas daripada rasuah.
Setiausaha Gerakan Rakyat Benci Rasuah, Zaim Zulkifli berkata, tuntutan pertama adalah memisahkan Jabatan Peguam Negara (AGC) daripada Pejabat Perdana Menteri.
Selain itu, dua tuntutan lain adalah membebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dari kuasa eksekutif dan mewujudkan Akta Pendanaan Politik.
Jelasnya, tiga tuntutan tersebut perlu dilaksanakan serta-merta di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tambahnya, himpunan hari ini juga tidak ditaja mana-mana parti politik seperti yang didakwa sesetengah pihak.
“Kita nak tunjukkan bahawa mahasiswa khuatir dengan situasi semasa terutamanya dalam isu-isu anti rasuah.
“Dahulunya Pakatan Harapan (PH) adalah yang paling tegas dalam isu rasuah, tetapi apabila mereka menjadi kerajaan sekarang, isu rasuah tersebut dipandang ringan,” katanya ketika ditemui di pekarangan Dataran Merdeka sempena Himpunan Rakyat Benci Rasuah di sini hari ini.
Terdahulu, akhbar ini melaporkan, dianggarkan hampir 1,000 peserta yang terdiri daripada mahasiswa dari seluruh negara bakal menyertai Himpunan Rakyat Benci Rasuah yang berlangsung hari ini.
Perhimpunan tersebut yang dijalankan di pekarangan sebuah kompleks beli-belah di ibu negara itu diadakan dengan tujuan bagi menuntut keadilan dan menolak kezaliman.
Mengulas lanjut penggunaan wajah ahli politik tertentu sebagai ‘poster boy’, Zaim berkata, individu yang terlibat memiliki kes rasuah yang menjadi tumpuan di negara ini.
“Kalau boleh kita tidak mahu fokus pada isu yang spesifik tetapi pada kes besar yang memberi impak kepada rakyat.
“Seperti sedia maklum, isu rasuah Datuk Seri Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Razak adalah antara yang menjadi tumpuan dalam negara ketika pentadbiran Anwar,” katanya.
Pada masa sama, katanya, tiga tuntutan tersebut bakal dihantar menerusi sebuah memorandum kepada pihak Istana (Putrajaya) dalam masa terdekat.-UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source