Satu maut, satu cedera dalam bot tersadai beting lumpur
KUALA LANGAT – Seorang lelaki warga Indonesia maut manakala rakan senegaranya cedera selepas ditemui dalam sebuah bot fiber kira-kira 0.4 batu nautika barat daya Pulau Carey, pagi tadi.
Penemuan kedua-dua mangsa susulan maklumat orang awam mengenai bot tanpa pendaftaran yang tersadai di beting lumpur.
Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, sebuah bot telah digerakkan ke lokasi dengan pemeriksaan menemui seorang mangsa dalam keadaan cedera manakala seorang lagi tidak sedarkan diri.
Katanya, bot bersama kedua-dua mangsa kemudiannya dibawa ke Jeti Pontoon Maritim Negeri Selangor untuk tindakan lanjut.
Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor segera menghubungi talian kecemasan bagi mendapatkan bantuan perubatan.
“Pasukan ambulans dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) tiba di jeti dan memberikan rawatan awal.
“Malangnya, mangsa yang tidak sedarkan diri disahkan meninggal dunia di lokasi. Mangsa yang cedera pula dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Jelasnya, kedua-dua mangsa tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri dan disyaki warga Indonesia.
” Pihak Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor kini menjalankan siasatan terperinci berhubung insiden ini,” katanya.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang maut manakala empat lagi cedera dalam kejadian tembakan dipercayai berlaku di sekitar perairan Pantai Morib, dekat sini.
Semua mangsa itu berusia 30 hingga 40an dengan tiga yang cedera dihantar ke Hospital Serdang dan seorang di Hospital Klang . – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source