Wendy Ng sertai Akuatik Singapura
BEKAS penerjun negara, Ng Yan Yee kini membuka lembaran baharu dalam kariernya apabila dilantik sebagai jurulatih pembangunan bakat di bawah Akuatik Singapura untuk pasukan penerjun kebangsaan republik itu.
Penerjun yang mesra disapa Wendy itu mengumumkan persaraannya daripada sukan terjun pada April tahun lalu selepas lebih dua dekad bergiat aktif dan kini bersedia menghadapi cabaran baharu dalam membimbing generasi muda.
Kariernya yang cemerlang menyaksikan dia meraih pingat di pentas Sukan SEA, Sukan Asia dan Komanwel, selain tampil di tiga Sukan Olimpik pada edisi London 2012, Rio 2016 dan Tokyo 2020.
Atlet berusia 31 tahun itu mengakui teruja dengan peranan baharunya dan menyifatkannya peluang untuk berkembang sebagai seorang jurulatih.
“Saya memulakan tugas minggu lalu dan sedang mengenali atlet muda yang bakal saya latih. Sebagai atlet, saya hanya perlu fokus pada diri sendiri, tetapi kini tanggungjawabnya berbeza kerana saya perlu mempelajari banyak perkara untuk menguruskan atlet muda,” kata Wendy.
Wendy bukan asing dalam bidang kejurulatihan kerana sebelum ini melatih pasukan terjun Wilayah Persekutuan (Ft) menghadapi Sukan Malaysia (Sukma) di Sarawak tahun lalu.
Pada mulanya, Wendy menolak pelawaan Akuatik Singapura kerana komitmennya bersama FT, namun memutuskan menerima peluang itu selepas dikemukakan tawaran kedua dan mendapat sokongan penuh daripada keluarganya.
“Keluarga saya memberi restu dan nenek yang sangat rapat dengan saya turut menyokong keputusan ini. Jadi, saya tidak dapat menolak peluang ini,” tambahnya.
Tahun 2025 menjadi detik penting buat Akuatik Singapura yang akan menjadi negara Asia Tenggara pertama menjadi tuan rumah Kejohanan Dunia Akuatik bermula 11 Julai hingga 3 Ogos depan.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source