“Dia Cuma Tanya Adakah Saya Solat?”
Anak kepada penyanyi popular Datuk Zainalabidin iaitu Timur Gabriel membuat pendedahan mengenai hubungannya dengan bapa baru-baru ini.
Menerusi pendedahan dalam satu podcast, Timur berkata tiada sebarang usaha dilakukan untuk berdamai dan kembali berhubung sebagai seorang bapa.
BACA: Zainal Abidin Dengar Khabar Angin Anak Dah Nikah Di Jerman
Wanita berusia 30 tahun itu juga berkata bapanya juga tidak pernah bertanya khabar serta mendakwa tidak mahu ambil tahu mengenai dirinya.
“Kami berdua simpan nombor masing-masing, tetapi dia (Zainal) tidak berminat untuk bertanya khabar saya. Dia memang tidak menghubungi saya untuk mengucapkan selamat hari lahir atau selamat hari raya.
“Kalau kami berhubung dulu, dia cuma bertanya ‘awak sembahyang tak? Dia tidak pernah memberikan perhatian kepada saya,” katanya.
Dalam pada itu, Timur berkata kali terakhir mereka berhubung dan bapanya memberikan ucapan hari raya atau hari lahir ketika dia berusia sembilan tahun.
Untuk rekod, Timur adalah anak hasil perkahwinan Zainal dengan bekas isterinya, Natasha Gabriel. Selain Timur, mereka turut memiliki seorang anak lelaki, Mikhail. Bagaimanapun, dua anak itu di bawah penjagaan bekas isterinya selepas pasangan itu bercerai pada Disember 2000.
SUMBER: Harian Metro
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source