Hantar memorandum pesawah waktu sesuai, hormat tetamu ke Malaysia – PM
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan golongan pesawah yang ingin menyerahkan memorandum kepadanya pada esok diberikan pada waktu yang lebih sesuai.
Anwar berkata, ia berikutan esok merupakan lawatan rasmi Presiden Indonesia, Prabowo Subianto ke negara ini.
Katanya, lawatan rasmi tersebut adalah atas undangan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan acara itu merupakan urusan penting yang melibatkan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Indonesia.
“Jika nak berurusan tetapkan masa yang sesuai, tetapi saya tidak setuju sama sekali untuk diadakan perhimpunan mengganggu perjalanan dan urusan lawatan rasmi negara Presiden Indonesia,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Syarahan Perdana Professor Diraja Terpuji Tan Sri Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur malam ini.
Perdana Menteri turut mengingatkan semua pihak agar menghormati protokol dan majlis negara sahabat, sambil menegaskan bahawa Polis Diraja Malaysia akan membantu mengawal keadaan.
“Sebaiknya saya minta dia (pesawah) elak (waktu berkenaan). (Kalau) kita tidak mahu jumpa nak bantah boleh lah.
“Ini kita kata boleh jumpa… nak ada perhimpunan aman silakan, tapi janganlah ambil kesempatan itu untuk menganggu apa lagi majlis rasmi negara,” ujarnya.
Terdahulu media melaporkan, lebih 1,000 pesawah dari seluruh negara akan berkumpul di Putrajaya bagi menghantar memorandum kepada Anwar esok.
Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah), Abdul Rashid Yob dilaporkan berkata, antara perkara yang dibawa kepada perhatian Perdana Menteri berkenaan tuntutan pesawah yang mahu harga lantai belian padi dinaikkan kepada RM1,800 untuk satu tan metrik. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source