Ina Naim Menangis, Tiga Hari Berturut-Turut Mimpi Arwah Suhaimi Saad
Penyanyi Ina Naim tidak dapat menahan sebak serta tidak menafikan bahawa dia merindui Allahyarham Suhaimi Saad.
Menerusi video siaran langsung di TikTok, Ina berkata dia bermimpi bertemu arwah Suhaimi selama tiga hari berturut-turut ketika sedang demam.
BACA: Netizen Dakwa Ina Naim Berubah Lepas Kahwin
@nizarwatie Bagus suami Ina sekarang. sangat memahami. Biasalah kadang terbit rasa rindu pada Arwah suami. Moga Ina baik-baik saja. #ina #inanaim #inasuhaimi #suhaimisaad
? original sound – Ladywatie | Affiliate – Ladywatie | Affiliate
“Selama saya demam tiga hari, saya mimpi arwah. Tapi saya ada cerita dengan Khairul (suami) juga. Cuma Khairul kata, ‘kalau mimpi, jangan lupa untuk balik semula ke sini.’” katanya.
Pada awalnya tenang, Ina dilihat mengalirkan air mata ketika mengakui dia amat merindukan arwah suaminya itu.
“Arwah datang tak bercakap. Tak boleh tipu, saya sebenarnya rindu,” katanya.
Ina pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas anggota kumpulan Inteam itu pada 12 Oktober 2007. Namun, Suhaimi meninggal dunia pada 15 November 2023.
Pasangan itu dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.
Ina kemudian mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama Mohd Khairul Rizal pada 8 November lalu.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source