“Saya Berserah Dan Berdoa Pada Allah Kalau Zuriat Itu Milik Saya Kekalkan, Jika Sebaliknya…” – Along Cham
Rumah tangga pelawak dan pelakon, Along Cham semakin rumit apabila dia mendedahkan isterinya hamil kira-kira tiga minggu ketika dia masih di dalam penjara Sungai Buloh.
Walau bagaimanapun, Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, berkata dia hanya mengambil pendekatan berdoa kepada Allah dan menyerahkan segalanya.
Saya dapat tahu pun perkata itu (isteri hamil) ketika berada di dalam (penjara). Dia beritahu saya, tapi benda ni (soal kandungan) saya berserah pada Allah.
Saya cakap (doa) dengan Allah, saya tahajud. Kalau kandungan itu, zuriat itu milik saya, Engkau kekalkan. Namun, jika sebaliknya Engkau keluarkan.
Tapi bila dia (Afreena) kata dah keguguran, saya pun tak tahu nak kata apa. Semuanya berserah pada Allah.
Menurut Astro Gempak, pelawak itu akui dia berasa sedih dengan apa yang berlaku di dalam rumah tangganya namun reda sekiranya bahtera perkahwinan yang telah dibina selama sembilan bulan itu berakhir.
Padan muka saya, ‘menggelanyar’ sangat nak kahwin. Memanglah sedih sebab pasangan mana yang berkahwin nak bercerai.
Saya sudah habis sayang rumah tangga saya dan agak terkejut sebab dia masih langgar juga.
Sebelum ini, Along Cham mendedahkan dia bakal menfailkan lafaz cerai taklik terhadap isterinya, Afreena Suhaimi di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Sepang, Selangor dalam masa yang terdekat.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source