Seorang daripada empat maut selepas ceroboh landasan komuter
KLANG: Seorang lelaki maut manakala empat lagi cedera ringan selepas dilanggar tren komuter akibat menceroboh masuk landasan kereta api dekat Kilometer (KM) 34.73 antara laluan Teluk Pulai – Klang, di sini, awal pagi tadi.
Ketua Pegawai Operasi Kereta Tanah Melayu Berhad (KTMB), Mohd. Zain Mat Taha berkata, kejadian berlaku ketika tren komuter bernombor 2110 yang membawa 200 penumpang di kesemua koc berlepas dari Stesen Jalan Kastam pada pukul 6.39 pagi sebelum bertembung dengan kumpulan individu berkenaan.
“Dalam kejadian itu, seorang penceroboh dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala empat lagi cedera ringan.
“Mangsa dibawa ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan susulan. Siasatan lanjut akan dijalankan pihak berkuasa,” katanya, hari ini.
Jelas beliau, susulan pelanggaran tersebut , komuter berkenaan terpaksa berhenti di lokasi kejadian kerana mengalami kerosakan dan menyebabkan berlaku kelewatan sehingga sejam.
“KTMB kemudian menyediakan bas perantara percuma untuk membawa kesemua penumpang ke Stesen Komuter Subang Jaya sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing.
“Bagaimanapun, lokomotif bantuan juga dihantar untuk membawa komuter yang terjejas bagi membolehkan kerja-kerja pengalihan mayat dilakukan agar perkhidmatan tren kembali beroperasi seperti biasa,” ujarnya.
Malah, Mohd. Zain menegaskan landasan kereta api adalah kawasan larangan dan individu yang mencerobohnya boleh dikenakan denda sebanyak RM500 di bawah Seksyen 126, Akta Pengangkutan Awam Darat 2010. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source