“Ingatlah Karma Akan Berlaku”
Bekas isteri Harith Iskander, iaitu Dr Jezamine Lim berharap pihak yang menyebarkan kebencian terhadap Harith berhubung kontroversi isu dia didakwa menghina Islam menerima akibat dan karma atas perbuatan dilakukan.
Menerusi perkongsian di Instagram, Jezamine yang juga pengurus Harith berkata dia tetap mendoakan agar individu terbabit diberikan ketenangan dan pintu hatinya dipenuhi dengan limpahan kasih sayang.
BACA: Terima Ugutan Bunuh Punca Harith Iskander Batal Persembahan Di DFP
“Kepada individu di sebalik segala penderaan dan kebencian yang disebarkan, saya masih menyimpan harapan untuk anda.
“Saya harap suatu hari nanti anda menemui ketenangan dalam diri sendiri, hati terbuka dan sedar tenaga yang digunakan untuk menyebarkan kebencian sebenarnya boleh dimanfaatkan bagi menyebarkan kasih sayang, empati dan kebaikan.
“Ingatlah, karma akan berlaku. Apa yang anda beri, itulah yang anda akan terima. Kepada individu yang memuat naik komen keterlaluan sehingga mencetuskan kemarahan ini, saya berharap anda berani mengambil tanggungjawab,” katanya.
Dalam hantaran itu, Jezamine turut memuat naik video latihan memaparkan Harith bersama anak-anak mereka yang dirancang sebagai gimik pembukaan program komedi yang sepatutnya berlangsung Sabtu lalu.
Sementara itu, Jezamine percaya bahawa pihak berkuasa akan dapat menyelesaikan kontroversi yang tercetus secara telus.
“Kami percaya pihak berkuasa dapat menguruskan perkara ini secara profesional. Kami akan terus memberi fokus kepada perkara yang benar-benar penting seperti keluarga, keselamatan dan sokongan tidak berbelah bahagi ramai orang,” tulisya.
Terdahulu, persembahan Harith di bawah siri DFP Punchline, yang dijadualkan Sabtu lalu terpaksa dibatalkan selepas keluarganya menerima ugutan bunuh dan keselamatan anak mereka turut diancam.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source