Kenderaan terkandas, 7 laluan di Sabah dinaiki air
KOTA KINABALU – Tujuh laluan tidak dapat dilalui sebarang jenis kenderaan berikutan banjir dan tanah runtuh di lima daerah di negeri ini setakat pagi tadi.
Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, kesemua laluan berkenaan membabitkan daerah Kota Marudu, Kota Belud, Telupid, Pitas dan Keningau.
“Laluan di Kota Marudu yang ditutup ialah di Kilometer (KM) 0.0 – KM 0.5 Jalan Rakit dan KM 0.0 – KM 0.9 Jalan Damai akibat dinaiki air, manakala KM 6.4 Jalan Marak Parak ditutup akibat tanah runtuh.
“Di Kota Belud, laluan yang ditutup setakat ini ialah di KM 2.8 – KM 3.0 Jalan Sumbilingon – Pituru Laut akibat banjir. Satu cerun runtuh pula dilaporkan berlaku di KM 1.1 Jalan Telupid – Tongod di Telupid menyebabkan laluan berkenaan tidak dapat dilalui semua jenis kenderaan.
“Bagaimanapun, ada jalan alternatif yang boleh dilalui untuk ke Tongod iaitu Jalan Tapang – Singgahmata,” katanya hari ini.
Mengulas lanjut, Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya menyatakan hanya terdapat satu laluan ditutup di Pitas ekoran banjir setakat ini iaitu di KM 4.4 Jalan Pinapak, manakala di Tenom laluan di KM 3.4 Jalan Tenom Batu 28 Mempikit akibat tebing runtuh.-KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source