[VIDEO] ‘Ular pun pandai ‘select’, kereta B40 dia tak pandang pun’
PETALING JAYA – “Ular pun pandai select (pilih), kereta B40 dia tak pandang pun,” kata seorang pengguna TikTok selepas tular video memaparkan seekor ular tedung selar ditemukan melingkar di bahagian enjin sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard.
Video berdurasi kurang dua minit itu dimuat naik Evanur di TikTok semalam dan telah meraih lebih dua juta tontonan.
Dalam video tersebut, terdapat beberapa anggota bomba cuba menarik keluar reptilia itu menggunakan alataj khas.
Menurut Evanur, pada awalnya anak saudaranya melihat kelibat ular itu di pekarangan rumah sebelum ia menuju ke bawah kenderaan.
“Anak buah saya main di beranda rumah ternampak, dia kata ular. Abang-abang dan adik yang tengah baiki motosikal depan rumah pergi intai. Tengok ular itu dah masuk bawah kereta separuh, tinggal ekor sahaja. Nasib baik bomba cepat sampai,” katanya.
Pelbagai reaksi diberikan orang ramai di ruangan komen berhubung situasi cemas tersebut.
“Tedung selar besarnya, kena patuk pindah alam,” kata Zaila Ila.
“Orang kata biasanya ular jenis ini berpasangan. Mungkin masih ada seekor lagi dan masuk ke bahagian tempat duduk. Jaga-jaga,” pesan Azahari Abdullah.
Sementara itu, ada yang berseloroh mengatakan bukan sahaja manusia, malah ular juga pandai memilih tempat berteduh.
“Allahuakbar, ingatkan saya sahaja yang minat Alphard, tedung selar pun minat Alphard juga,” seloroh Zamani.
“Sesuailah, nama king cobra, mesti duduk dalam kereta mewah,” komen seorang pengguna. – KOSMO! ONLINE
@evanurcarlissa54Tq Bomba & Penyelamat Gebeng 👍 ♬ For movie / picture / action / suspense – G-axis sound music
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source