Bapa pukul guna tali pinggang, ibu tiri guna penyangkut baju
KUALA TERENGGANU – Pasangan suami isteri ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes mendera anak lelaki mereka berusia 10 tahun pada Khamis lalu.
Perintah reman itu dibenarkan Majistret Iffah Nabihah Mohd. Ishak di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, kedua-dua suspek berusia 32 dan 27 tahun diberkas selepas polis menerima aduan daripada ibu kandung mangsa pada 5.51 petang semalam.
Beliau berkata, wanita itu yang mengambil anak lelaki di rumah nenek mangsa pada 12.45 tengah hari, 30 Januari lalu mengesan kesan kecederaan pada bahagian kaki kanak-kanak itu.
“Anak lelakinya itu kini dalam jagaan bekas suami dan isteri baharunya sejak tahun 2020.
“Mangsa mendakwa bapanya sering memukulnya dengan tali pinggang dan getah paip, manakala ibu tirinya pula dengan penyangkut baju,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.
Azli berkata, budak lelaki tersebut juga mendakwa diberi layanan pilih kasih oleh isteri baharu bapanya dengan hanya diberi makan dua kali sehari berbanding adik tirinya.
Beliau berkata, ibu kandung mangsa yang kali terakhir bertemu anaknya pada musim cuti persekolahan pada bulan Disember tahun lalu tidak mengetahui kisah penderaan tersebut sebelum ini.
“Siasatan awal percaya perbuatan dera terhadap mangsa berlaku di rumah suami isteri itu di Kampung Beladau Kolam, Manir di sini.
“Mereka kini disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source