Lelaki tampar isteri lambat tiba beli nasi ayam direman
SEPANG: Berang akibat isteri lambat tiba selepas membeli nasi ayam di sebuah pasar raya menjadi punca seorang lelaki menampar wanita itu di pintu masuk sebuah pasar raya di Kota Warisan, di sini.
Perkara itu didedahkan Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman ketika dihubungi semalam.
“Punca tampar, isteri lambat keluar mall (pasar raya) lepas beli nasi ayam,” katanya.
Katanya, suspek juga sebelum ini gagal dikesan selama enam hari selepas laporan polis dibuat dipercayai bersembunyi di dalam kereta.
Sementara itu, Norhizam berkata, lelaki berusia 50 tahun itu ditahan reman selama tiga hari bermula semalam bagi membantu siasatan.
“Lelaki itu di bawa ke Mahkamah Majistret Teluk Datok di Banting pagi semalam bagi mendapatkan perintah tahanan reman,” katanya.
Kelmarin, lelaki itu berjaya ditahan polis di hadapan sebuah klinik di Kota Warisan, di sini selepas enam hari menghilangkan diri.
Sebelum ini, lelaki itu diburu polis susulan rakaman video tular memaparkan dia menampar isterinya di khalayak ramai di hadapan pintu masuk sebuah pasar raya di Kota Warisan, di sini.
Perubatan lelaki itu sempat dirakam orang awam yang kemudian berkongsi rakaman video itu di media sosial.
Norhizam sebelum ini dilaporkan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan atau Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga yang mana jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara selama setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source