‘Tiada komen sayang’ – Ziana Zain kunci mulut bakal disiasat SPRM
SHAH ALAM – “Kak Gee tiada komen sayang.”
Itu respons penyanyi popular Ziana Zain berhubung kesahihan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan rentetan kes rasuah melibatkan sebuah syarikat perunding kewangan.
Ziana atau nama sebenar Siti Roziana Zain,56, ditemui usai tamat program Calpis Soda One In A Million, di Studio TV3, Glenmarie, di sini, malam tadi bagaimanapun memahami tugas media untuk mendapatkan penjelasannya tentang isu yang semakin hangat diperkatakan itu.
“Tak mengapa saya faham. Tetapi saya hanya menyanyi sahaja sayang,” katanya sambil bergegas meninggalkan acara.
Ziana merupakan merupakan salah seorang daripada tiga duta yang dilantik sebuah syarikat yang tumpas dalam Ops Sky.
Terdahulu Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengesahkan pihaknya akan memanggil beberapa selebriti termasuk artis terkenal yang dikaitkan dengan syarikat perunding kewangan yang tumpas dalam Ops Sky.
Katanya, selebriti terbabit akan dipanggil minggu depan untuk membantu siasatan.
Sejak tiga minggu lalu, SPRM menumpaskan kegiatan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan syarikat perunding kewangan dengan pegawai bank di beberapa institusi kewangan.
Dalam operasi itu, sebanyak 98 akaun syarikat dan individu bernilai lebih RM22 juta dibekukan SPRM berhubung sindiket pengubahan wang haram didalangi syarikat perunding kewangan.
Siasatan terhadap selebriti berkenaan susulan penahanan sekurang-kurangnya 27 individu termasuk lapan pengarah syarikat dan 18 pegawai bank oleh Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) dalam Ops Sky hasil kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM). – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source