EFL: Arsenal optimis lunas dendam
LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta optimis pasukannya dapat melakar keajaiban dalam usaha melangkah ke pentas final Piala Liga Inggeris (EFL) menjelang aksi separuh akhir kedua bertemu Newcastle United awal pagi esok.
Sebagai rekod, skuad The Gunners gagal mempamerkan prestasi terbaik selepas tewas 0-2 kepada Newcastle pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Emirates bulan lalu.
Namun, Arsenal ketika ini sudah kembali berada pada tahap sebenar setelah menewaskan Manchester City 5-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris, Ahad lepas.
Kata Arteta, masih ada 90 minit perlawanan yang perlu diharungi pasukan dan apa sahaja boleh berlaku dalam memastikan kelebihan dua gol pasukan lawan dapat dikurangkan.
“Saya tidak mahu terlalu fikirkan keputusan yang lepas kerana masih ada satu lagi perlawanan separuh akhir yang perlu diharungi. Jika dilihat, kita tidak bernasib baik pada aksi tersebut apabila peluang yang dicipta gagal menerjah jaring.
“Namun, saya mahu pasukan mempamerkan mentaliti yang sama kerana ia boleh mencerahkan peluang kita untuk mara ke pentas final. Apa yang pasti, pasukan kini berada dalam fasa terbaik dan mungkin kita boleh bangkit untuk menewaskan Newcastle di laman mereka nanti,” katanya.
Sementara itu, pemain sayap The Gunners, Gabriel Martinelli optimis pasukan boleh menjaringkan sekurang-kurangnya empat gol sekali gus mengulangi prestasi cemerlang seperti yang dilakar ke atas City sebelum ini.
“Saya rasa semangat pemain untuk ke St. James Park nanti dengan semangat yang membara untuk membalas dendam atas kekalahan sebelum ini.
“Kita perlukan tiga atau empat gol untuk mara ke final dan saya percaya pasukan boleh lakukan kerana kita ada kualiti.
“Apa yang penting pemain percaya dengan kelebihan masing-masing dan manfaat segala peluang yang kita cipta nanti,” kata pemain antarabangsa Brazil itu.
Kali terakhir Arsenal mara ke pentas final Piala EFL adalah pada edisi 2018 sebelum tewas 0-3 kepada Manchester City. – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source