“Saya Dah Susukan Zara, Tok Ram Ada Hak Bapa Kandung”
Pelakon Datin Alyah mengakui dia sudah menjadi ibu susuan kepada anak angkatnya, Nur Izzara.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Alyah juga berharap tiada lagi keraguan timbul mengenai hak anaknya dalam keluarga mereka terutama hubungan dengan suaminya, Datuk Ramli MS.
BACA: Alyah Dapat Ilham Nama Anak Angkat Dari Restoran Di R&R
“Saya dah susukan Zara (nama panggilan Izzara). Jadi antara Zara dan Tok Ram (Ramli) mempunyai hak seperti bapa dan anak kandung. Harap selepas ini dapat memberi jawapan kepada pihak yang sering mesej saya berkenaan hal ibu susu,” katanya.
Sementara itu, Alyah menjelaskan puteri kesayangannya itu bukan diambil dari rumah kebajikan atau rumah yatim. Alyah berkata Izzara ada pertalian darah kerana dia merupakan anak saudaranya sendiri.
“Zara dengan saya bukan orang lain, dia adalah anak saudara saya sendiri. Kami tak ambil Zara dari mana-mana kebajikan atau rumah anak yatim.
“Jadi minta maaf banyak-banyak kepada yang bertanya di mana saya ambil Zara dan bagaimana nak ambil anak angkat,” katanya.
Pada Jun tahun lalu, Alyah berkongsikan dia dan suaminya mengambil Nur Izzara sebagai anak angkat.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source