Beri Makanan Percuma Kepada Penduduk Setempat Di Indonesia, Netizen Dakwa Ammar Nazhan Cuba Nak Bersihkan Nama
![Beri Makanan Percuma Kepada Penduduk Setempat Di Indonesia, Netizen Dakwa Ammar Nazhan Cuba Nak Bersihkan Nama Beri Makanan Percuma Kepada Penduduk Setempat Di Indonesia, Netizen Dakwa Ammar Nazhan Cuba Nak Bersihkan Nama](https://cdn.beautifulnara.net/wp-content/uploads/2025/02/08171459/ammar-nazhan-sedekah-makanan-di-Indonesia.jpg)
Namanya kini sedang hangat menjadi bualan netizen di Malaysia dan Indonesia selepas polis negara jiran mengesahkan berita kehilangan rakannya di hutan di Bandung adalah palsu.
Meksipun kini teruk menerima kecaman, Youtuber Ammar Nazhan nampaknya tidak patah semangat sebaliknya dilihat tenang dan dikatakan cuba mengambil hati penduduk di sana.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Ammar dan rakan-rakannya dilihat mengedarkan makanan percuma kepada penduduk setempat selepas selesai menunaikan solat Jumaat hari ini.
Kita baru selesai solat Jumaat dengan team saya, jadi kami nak buat sedikit beri makanan kepada penduduk di sekitar kawasan ini.
@amnazhanSalam jumaat semuanya. Kalian di wilayah mana indonesia ? Cuba komen 🇮🇩🇲🇾❤️♬ suara asli – Anggadermawan
Bagaimapun, ramai netizen yang menonton video tersebut menyindir Ammar dan beranggapan dia berbuat baik hanya sekadar untuk menutup kesalahannya.
Bukan itu sahaja, netizen turut berpendapat Ammar dan rakan-rakan sedang dalam cubaan untuk membersihkan nama selepas teruk dikecam.
Sesetengah netizen sempat meninggalkan komen dan mendakwa Ammar cuba meniru Aisar Khaled namun masih tetap ada yang memberi sokongan terhadapnya dan mendoakan agar dia terus kuat.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source