Rujuk pihak berkuasa, usah terpedaya ajaran sesat – Sultan Selangor
SHAH ALAM – Umat Islam diseru sentiasa merujuk kepada pihak berkuasa dalam urusan agama dan tidak mudah terpedaya dengan ajaran sesat atau fahaman songsang.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, rakyat ketika ini terlalu mudah dipengaruhi elemen negatif terutama ilmu-ilmu yang menyesatkan.
Baginda kesal apabila semakin ramai umat Islam terperangkap dengan maklumat salah dan dakyah ajaran pihak tertentu walaupun banyak buku agama dikarang dan dicetak dalam bahasa Melayu.
“Di manakah silapnya kita sehingga kes melibatkan pengikut ajaran sesat semakin menjadi-jadi.
“Umat islam akan ketinggalan dalam segala aspek kehidupan jika asyik terpedaya dengan ajaran berunsur kurafat dan tahyul. Pengaruh menyesatkan itu menyebabkan pecah belah dan mudah ditindas musuh Islam,” titah baginda ketika merasmikan penutupan Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, malam ini.
Sultan Sharafuddin bertitah, perpaduan perlu menjadi teras utama kepada kehidupan umat Islam khususnya orang Melayu.
“Dalam urusan beragama, beta berpesan supaya umat Islam sentiasa merujuk pihak berautoriti dan jangan mudah percaya dengan ajaran atau fahaman songsang yang dibawa sesetengah pihak.
“Pihak berkuasa agama Islam juga perlu lebih peka dan penguatkuasaan diambil dengan lebih berkesan agar gejala ajaran sesat tidak terus menjadi duri dalam daging,” titah baginda.
Dalam pada itu, Sultan Sharafuddin menyeru umat Islam terus meningkatkan bacaan al-Quran dalam kehidupan seharian dan memperbanyakkan amal ibadah. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source