Selesai Jalani Prosedur Angiogram, Serangan Jantung Punca Zamarul Hisham Sesak Nafas

Pelakon Diana Rafar memberitahu punca suaminya, aktor Zamarul Hisham mengalami sesak nafas di set penggambaran drama di Port Dickson Negeri Sembilan pada Rabu lalu disebabkan serangaj jantung.
Memetik mStar Online, Diana berkata, perkara itu diketahui selepas Zamarul selesai menjalani prosedur angiogram semalam.
BACA: “Saya Jalan Tak Pijak Bumi” – Diana Rafar Imbau Kembali Zamarul Hisham Lafaz Cerai
“Selepas melakukan prosedur angiogram semalam (Jumaat), doktor mengesahkan punca Zamarul sesak nafas itu disebabkan serangan jantung,” katanya.
Sementara itu, Diana bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai keadaan terkini Zamarul kerana masih belum dapat berjumpa dengan doktor pakar.
Kata Diana lagi, Zamarul sudah pun dipindahkan ke sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya dari Hospital Port Dickson namun masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
“Buat masa ini saya tidak boleh nak kongsikan tahap perkembangan kesihatan Zamarul kerana bimbang salah cakap pula. Cuma apa saya boleh katakan dia masih lagi dirawat di ICU.
“Dia masih belum boleh keluar dari ICU atau mendapatkan sebarang rawatan lain. Saya tidak berani nak cakap apa lagi kerana pagi ini saya masih belum berjumpa dengan doktor,” katanya.
Dalam pada itu, Diana berharap doa orang ramai bagi kesembuhan suaminya dan akan memaklumkan mengenai perkembangan terkini suaminya.
SUMBER: mStar Online
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source