“Jangan Keterlaluan…” – Tipu Polis Indonesia Demi ‘Content’, Menteri Komunikasi Tegur Ammar Nazhan

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memberi teguran dan nasihat kepada pempengaruh media sosial untuk berpada-pada dan tidak keterlaluan dalam menghasilkan kandungan semata-mata untuk mendapatkan ‘views’.
Beliau berkata begitu ketika mengulas tentang pempengaruh tempatan, Ammar Nazhan yang sanggup menipu pihak berkuasa Indonesia tentang kehilangan rakan mereka di dalam hutan di negara itu baru-baru ini.
Fahmi juga berkata kerajaan menyerahkan isu tersebut sepenuhnya kepada pihak berkuasa negara jiran untuk tindakan lanjut yang sewajarnya.
Bagi pempengaruh yang hasilkan content untuk tontonan mereka, nasihat saya ialah berpada-pada, jangan keterlaluan dan biarlah ini kita ambil ibrah atau pengajaran daripada apa yang berlaku untuk memperbaiki.
Mungkin cara kita menghasilkan content, kadang-kadang ialah ia bukan seperti yang diceritakan dalam content itu tapi netizen sangat pantas untuk melakukan siasatan mereka sendiri.
Fahmi turut menegaskan bahawa meskipun pempengaruh tidak berlesan, mereka tetap perlu bertanggungjawab ke atas kandungan yang mereka hasilkan.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source