Kes Tembak Setia Alam: Suspek berang ditegur ‘cleaner’ letak barang merata

KUALA LUMPUR – Hasil siasatan awal pihak polis mendapati tindakan suspek melepaskan tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam semalam kerana berang ditegur seorang pekerja pembersihan.
Menjelaskan perkara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pekerja terbabit menegur suspek supaya mengalihkan barang yang diletakkan di kawasan kejadian.
Menurutnya lagi, suspek yang juga seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an itu turut disyaki berada di bawah pengaruh dadah.
“Bagaimanapun, motif sebenar tiada (dikenal pasti) lagi,” katanya pada satu sidang akhbar di Angkasapuri di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Suhaily berkata, siasatan lanjut dan usaha mengesan suspek sedang giat dilakukan polis Selangor dengan bantuan Bukit Aman.
“Saya yakin kes ini dapat selesaikan dalam masa terdekat,”ujarnya.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan, polis mengesahkan seorang lelaki cedera ditembak suspek di dalam sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, malam tadi.
Kejadian kira-kira pukul 10 malam itu melibatkan mangsa yang juga orang awam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim dilaporkan berkata, siasatan setakat ini mendapati lelaki itu ditembak seorang penjenayah di kawasan premis tersebut. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source