Kes tembak Setia Alam: ‘Suspek bersama kami 45 minit dalam kereta’

PETALING JAYA – “Suspek ada bersama kami (dalam kereta) kira-kira 45 minit dan sebelum menghilangkan diri, suspek mengambil kad memori pada ‘dashcam’ kereta.”
Itu antara pengalaman ngeri dialami pemandu sebuah Perodua Ativa bersama isteri dan empat orang anak semasa menjadi ‘tebusan’ dalam kejadian tembak di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, Sabtu lalu.
Lelaki berusia 30an yang enggan dikenali itu berkata, sebelum kejadian mereka sekeluarga
sedang makan di sebuah restoran di pusat beli-belah terbabit sebelum keadaan tiba-tiba bertukar kecoh.
Jelasnya, pengawal keselamatan mengarahkan kami semua segera keluar dari pusat beli-belah terbabit.
“Ketika kami sekeluarga hendak masuk ke dalam kereta secara tiba-tiba seorang lelaki berada di sebelah sambil mengacukan pistol.
“Suspek kemudiannya melepaskan tembakan ke arah dinding supaya kami tahu pistol yang dia pegang itu pistol betul. Suspek kemudian mengarahkan kami semua masuk dalam kereta.
“Dia (suspek) duduk betul-betul di tempat duduk belakang saya (pemandu). Saya minta dia simpan pistol supaya anak-anak tidak takut,” katanya di sini hari ini.
Mengulas lanjut, lelaki itu berkata, semasa dia memandu, suspek mengarahnya melalui laluan tertentu sebelum turun di tepi lebuh raya lalu menghilangkan diri.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan, polis mengesahkan seorang lelaki cedera ditembak suspek di dalam sebuah pusat beli-belah di Setia Alam Sabtu lalu.
Kejadian kira-kira pukul 10 malam itu melibatkan mangsa yang juga orang awam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, siasatan mendapati lelaki itu ditembak seorang penjenayah di kawasan premis tersebut. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source