Ops Tahun Baharu Cina: JPJ Terengganu sita 111 kenderaan

KUALA TERENGGANU – Sebanyak 111 kenderaan telah disita atas pelbagai kesalahan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu sepanjang tempoh 21 hari pelaksanaan Ops Tahun Baharu Cina yang berakhir malam tadi.
Pengarah JPJ Terengganu, Mohd. Zamri Samion berkata, sitaan itu merangkumi
95 motosikal, kenderaan persendirian (tujuh), lori (lima) dan kereta (empat).
Beliau berkata, operasi sama turut mengesan 8,682 kesalahan trafik hasil pemeriksaan 39,219 kenderaan di seluruh negeri ini.
“Sebanyak 4,866 saman dan 3,854 notis kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.
“Kita juga berjaya menahan sebuah bas ekspres yang mengalami kerosakan sistem brek dalam pemeriksaan di Terminal Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) pada 3 Februari lalu,” katanya sewaktu mengetuai Ops Tahun Baharu Cina di Jalan Sultan Mohamad di sini malam tadi.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata, kesalahan utama dilakukan pengguna sepanjang operasi tersebut ialah lesen memandu tamat tempoh (1,287 kes) dan tiada perlindungan insurans (1,110 kes).
“Tiada lesen memandu kompeten (CDL)
(885 kes), tidak mematuhi lampu isyarat (720 kes), cermin gelap tidak mengikut spesifikasi (569 kes) dan tidak memakai topi keledar (524 kes).
“Kesalahan lain ialah memotong di garisan berkembar (121 kes), membawa lebih muatan (49 kes) dan menggunakan telefon bimbit ketika memandu (10 kes),” katanya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source