“Aisy Akan Ke Syurga, Semoga Dia Tarik Kami Semua Ke Sana”

Bekas pemain bola sepak terkenal, Zaquan Adha sukar untuk menyembunyikan perasaan sedihnya di atas pemergian anak bongsunya, Muhammad Aisy Al Rees.
Memetik Harian Metro, Zaquan tidak dapat berkongsi banyak maklumat knamun memaklumkan anak bongsunya itu dalam keadaan sihat dan baik.
BACA: “Aisy Bayi Yang Sangat Baik” – Che Ta Sedih Atas Pemergian Mengejut Anak Saudara
“Saya minta doa daripada semua supaya saya dan isteri kuat. Kami ada anak ramai, setiap anak ada perangai masing-masing.
“Mungkin ini yang terbaik buat kami… ada hikmah disebaliknya, tidak akan kongsi dengan semua. Sebab baru lagi, kami pun masih dalam keadaan terkejut,” katanya.
Sementara itu, Zaquan berkongsikan respon abang dan kakak arwah Aisy yang pada mulanya terkejut serta bertanyakan apa yang terjadi.
“Mula-mula mereka terkejut, menangis… tak dapat terima, sampai hari ini tanya ‘baby’ Aisy pergi mana… nak pergi mana. Jadi saya cakap dia akan ke syurga. Insya-Allah dia akan tarik kita semua ke sana,” katanya.
Dalam pada itu, Ayu Raudhah berkata anaknya itu tidak pernah menyusahkan sejak dari lahir sehingga menghembuskan nafas terakhir.
“Dia memang baik luar biasa. Setiap saat dia bersama saya, adalah kenangan terindah. Dia hanya pinjaman dan bila-bila masa boleh diambil,” katanya.
Semalam, anak bongsu pasangan itu dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) selepas dipercayai tidak sedarkan diri ketika tidur di rumahnya, jam 1 tengah hari.
SUMBER: Harian Metro
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source