“RM1 Juta Untuk Muar, Saya Dapat Apa? Dapat Kasih Sayang”

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq meluahkan rasa syukur dan penghargaan terhadap sumbangan bernilai lebih RM1 juta yang diterima untuk diagihkan kepada warga Muar.
Menerusi perkongsian di laman X, Saddiq berkata jenama baru raya terkenal Primavalet menyumbang jumlah tersebut membabitkan pakaian tradisional, jubah, telekung dan bakul makanan.
BACA: Syed Saddiq Tidak Nafi Atau Sahkan Bercinta Dengan Bella Astillah
@syedsaddiq RM1juta untuk Muar ?? Alhamdulillah. Terima kasih @Bella Astillah @primavalet
“RM1 juta untuk Muar, Alhamdulillah. Saya dapat apa? Dapat kasih sayang dan rasa gembira yang luar biasa.
“Apabila saya melihat mereka yang kurang bernasib baik gembira, itu menjadikan saya orang paling gembira,” katanya.
Menurutnya lagi, bantuan berkenaan melibatkan 3,456 baju Melayu dan baju kurung untuk kanak-kanak, manakala 1,625 pasang pakaian tersebut diperuntukkan kepada golongan orang tua.
Tambahnya, rakyat Muar juga diberikan sumbangan seperti 500 telekung, 500 jubah dan 800 bakul makanan.
“Macam mana boleh dapat semua ini? Bukan dengan bercuti, tetapi dengan menjadi model, buat sesi penggambaran dan panjat Gunung Kinabalu. Saya akan buat apa sahaja untuk manfaat warga Muar,” katanya.
SUMBER: Sinar Harian
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source