Fikry Nafi Terpaksa Kahwin, Ada Sebab Kenapa ‘Nampak’ Tak Gembira Masa Nikah

Susulan komen netizen mendakwa dia dilihat tidak gembira di majlis pernikahannya, pelakon Fikry Ibrahim menafikan dakwaan dia ‘terpaksa kahwin’.
Menerusi Melodi, Fikry berkata dia tiada niat merahsiakan perkahwinannya daripada pengetahuan umum, sebaliknya enggan menghebahkan perkara belum pasti.
BACA: “Dia Jaga Ibu Di Kedah” – Fikry Ibrahim Ucap Terima Kasih, Terhutang Budi Dengan Isteri
Tambahnya lagi, ketika itu banyak perkara yang difikirkan kerana apabila bergelar suami dia perlu memikul tanggungjawab besar tambahan pula sebagai seorang anak.
“Apabila ada kata muka saya macam tak rela, kena paksa kahwin..itu salah! “Mungkin ketika itu saya sedang berfikir macam mana nak jadi seorang suami dan anak bertanggungjawab dan kena adil,” katanya.
Dalam pada itu, Fikry berkata dia terhutang budi dengan isterinya yang sudi menjaga ibunya di Kedah ketika dia sedang bekerja.
“Saya nak ucapkan terima kasih kepada isteri kerana sekarang ini dia sedang menjaga ibu di Kedah,” katanya.
Rabu lalu, Fikry sselamat melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihan hati, Khalizah Alihan. Khalizah pernah terbabit dalam dunia hiburan dan menjadi pengasas kepada sebuah badan bukan kerajaan.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source