Semua tengah tersenyum, mereka tak ‘getback’

PETALING JAYA – Drama popular ‘Curang Tanpa Niat’ kembali sohor di media sosial hari ini sempena tayangan episod akhir sekali gus menjawab persoalan penonton yang menantikan pengakhiran naskhah itu.
Rata-rata peminat drama tersebut meluahkan rasa gembira apabila bekas pasangan suami isteri yang dilakonkan Shukri Yahaya sebagai Eshaal dan Mira Filzah sebagai Elina tidak bersatu kembali.
Lebih mengujakan, babak akhir drama itu menunjukkan Elina kembali menemui kebahagian bersama ‘abang bengkel’ selain adiknya Aryan berkahwin dengan Amara.
“Ini bukan mimpi kan, tolong saya,” kata Izza Zaidin.
“Netizen satu Malaysia tengah tersenyum,” jelas Muhd. Ikmail.
Dalam pada itu, pengakhiran epik drama itu turut memberi kepuasan kepada penonton apabila watak Iskandar Chen yang dibawa Fauzi Nawawi akhirnya ditangkap setelah menyebabkan kematian terhadap Astrid yang dilakonkan Syarifah Sakinah.
Drama penuh emosi dengan konflik cinta dan pengkhianatan arahan Eyra Rahman itu akhirnya melabuhkan tirai selepas 31 episod yang turut dibintangi Fadlan Hazim, Hasnul Rahmat, Kaza dan ramai lagi. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source