Wanita hantar makanan mati dibunuh tepi Sungai Kuantan

KUANTAN – Seorang wanita berusia 37 tahun mati dipercayai dibunuh sebelum mayatnya ditemukan di tepi Sungai Kuantan berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini semalam.
Mangsa yang merupakan seorang peniaga makanan dikatakan pergi ke kawasan berhampiran jambatan berkenaan bagi menghantar makanan.
Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pihak polis menerima maklumat mengenai penemuan mayat seorang wanita di tepi Sungai Kuantan berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur pada pukul 12.45 tengah hari semalam.
“Bertindak atas maklumat yang diperolehi, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Kuantan dibantu oleh Unit Forensik Ibu Pejabat polis Kontinjen (IPK) Pahang bersama pakar patologi forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan menjalankan siasatan lanjut di tempat kejadian dan mendapati terdapat unsur-unsur jenayah pada tubuh badan si mati.
“Menurut saksi mangsa datang ke kawasan tempat kejadian untuk menjalankan urusniaga secara hantaran pada pukul 7.30 malam kelmarin,”katanya di sini hari ini.
Menurutnya kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat mangsa dibawa ke HTAA untuk tindakan lanjut.
Dalam pada itu beliau memohon kerjasama daripada masyarakat agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung dengan kejadian ini yang boleh menganggu siasatan.
“Jika mempunyai sebarang maklumat diminta berhubung dengan balai polis berhampiran,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source