Barang Kemas ‘Lesap’, Ada Unsur Jenayah Di Tubuh Peniaga Wanita Yang Maut Ketika COD Makanan

Seorang peniaga wanita ditemukan mati di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 12.45 tengah hari.
Beliau berkata, sepasukan polis bersama pakar patologi forensik dari Hospital Tengku Ampuan Afzan telah melakukan siasatan di lokasi kejadian dan mengesan unsur jenayah pada tubuh peniaga makanan tersebut.
Hasil siasatan awal menunjukkan bahawa mangsa adalah seorang wanita tempatan berusia 37 tahun yang tinggal di daerah ini dan juga bekerja sebagai peniaga makanan.”
Memetik Malaysia Kini. suspek utama, seorang lelaki berusia 37 tahun telah dikenal pasti dan dipercayai membuat pesanan makanan daripada mangsa sebelum bertindak membunuhnya.
Suspek bukan berasal dari Pahang tapi menetap di Kuantan. Pemeriksaan awal mendapati barang kemas mangsa hilang, dan polis sedang menyiasat sama ada kejadian ini bermotifkan samun atau faktor lain.
Suspek juga mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan pelbagai kes.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source