JIM Kelantan keluarkan 200 pas sempadan sehari

KOTA BHARU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan mengeluarkan sebanyak 200 pas sempadan sehari.
Pengarahnya, Mohamed Yusoff Khan Mohd. Hassan berkata, langkah itu bertujuan menggelakan agensi berkenaan berdepan kesukaran untuk menyiapkan pas tersebut dalam tempoh sehari.
Menurutnya, permintaan itu akan meningkat setiap kali cuti sekolah, atau umum.
“Tidak lama lagi puasa dan hari raya. Jadi saya jangka permintaan (pas sempadan) akan bertambah,” katanya kepada pemberita selepas sarapan pagi bersama media Kelantan di sini hari ini.
Sebelum ini tular di media sosial yang mendakwa buku pas sempadan kehabisan.
Difahamkan, permintaan pas sempadan meningkat mendadak selepas Polis Kelantan menguatkuasakan larangan rentas sempadan menggunakan pangkalan haram.
Mengulas lanjut, setakat ini pas sempadan hanya boleh dibuat di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Tunjong berbanding di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor, Tumpat sebelum ini.
Katanya, susulan itu JIM mensyorkan orang ramai agar menggunakan kemudahan pasport.-UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source