“Mungkin Ini Cara Allah Nak Hapus Dosa”

Pelakon Zara Zya berkata dia reda dengan ujian Allah apabila diuji dengan empat penyakit kronik pada tahun lalu.
Memetik Oh Bulan, Zara berkata sehingga kini dia masih keluar masuk wad namun meluahkan rasa syukur keadaan kesihatannya semakin pulih selepas menjalani rawatan serta fisioterapi.
BACA: Zara Zya Nafi Nikah Di Thailand
“Saya masih keluar masuk wad sejak tahun lepas, bermula sekitar bulan Jun. Saya jalani pembedahan membuang ketumbuhan pada buah pinggang kiri dan ovari. Saya juga ada masalah tulang belakang, leher serta artritis.
“Semua masalah ini membuatkan saya tak boleh berdiri atau duduk terlalu lama. Alhamdulillah, selepas rawatan dan fisioterapi yang kini saya perlu teruskan setiap bulan, keadaan saya bertambah baik.
“Cuma untuk penggambaran yang memerlukan tenaga berlebihan atau babak lasak, saya akan berbincang dahulu dengan produser atau penulis skrip. Kalau mereka setuju, barulah saya teruskan,” katanya.
Sementara itu, Zara berkata dia menyifatkan kesakitan yang dihadapinya itu adalah ujian untuk menghapus segala dosa-dosanya yang lalu.
“Nak tak nak, perlu hadap. Tapi, Allah beri saya kekuatan dan semangat. Saya bersyukur sebab ujian ini mungkin cara Allah menghapuskan dosa-dosa saya.
“Saya anggap diri saya insan terpilih untuk lalui ujian ini. Walaupun sukar, hikmahnya saya jadi lebih dekat dengan Tuhan,” katanya.
Pada Mei tahun lalu, Zara selamat menjalani pembedahan membuang ‘cyst’ dan fibroid. Zara turut masalah sakit tulang belakang atau sindrom lumbar facet.
SUMBER: Oh Bulan
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source