Nenek, empat cucu tersepit kereta dirempuh lori tangki

YAN – Seorang wanita warga emas, empat cucu serta pembantu rumahnya berdepan detik cemas selepas kereta dinaiki mereka dirempuh sebuah lori tangki dalam kemalangan di Simpang Tiga Singkir dekat sini petang tadi.
Kesemua mangsa yang tersepit di dalam kereta Perodua Myvi terpaksa menahan sakit lebih kurang setengah jam sebelum dikeluarkan dengan bantuan orang ramai dan anggota bomba untuk dihantar mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH)
Pemangku Ketua Polis Daerah Yan, Asisten Superintendan Musa Rabien berkata, kemalangan berlaku pukul 5.20 petang ketika kereta dipandu wanita warga emas dari arah Yan ke Tanjung Dawa itu tidak berhenti di simpang tiga berkenaan sebaliknya menerus perjalanan.
” Dalam masa sama sebuah lori tangki tanpa muatan dari arah Tanjung Dawai ke Merbok tidak sempat mengelak dan merempuh kereta dan mengheretnya sebelum terkena sebuah kedai runcit di situ.
“Mangsa yang terdiri dari warga emas berkenaan berumur 70 tahun,pembantu rumahnya berusia 54 tahun serta empat cucunya berumur antara 5 hingga 11 tahun cedera selepas tersepit di dalam kenderaan itu,” katanya.
Kata Musa, pemandu lori tangki berkenaan yang berumur 54 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dan siasatan di lokasi kejadian mendapati punca kejadian disebabkan oleh kegagalan pemandu wanita warga emas berkenaan berhenti di simpang tiga berkenaan. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source