“Selagi Ada Saya Akan Teringat Saat-Saat Getir..” – Zaquan Adha Nak Jual Meja Snooker Tempat Buat CPR Arwah Anak Bongsu

Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha meluahkan hasrat untuk menjual meja snooker miliknya yang menjadi saksi saat dia memberikan bantuan kecemasan buat anak bongsunya yang meninggal dunia beberapa hari yang lalu.
Zaquan berkongsi perihal itu menerusi satu hantaran di Instagram Story di mana peralatan itu menyimpan kenangan duka buat mereka sekeluarga.
Saya nak jual table ni, sebab dekat table inilah saya dan Ayu letak baby Raees untuk buat CPR sementara tunggu ambulan sampai.
Selagi ada meja ini, saya akan sentiasa teringat saat-saat getir ketika sedaya upaya cuba untuk selamatkan Raees. Jika ada yang betul-betul berminat boleh DM saya.
Suami kepada aktres Ayu Raudhah ini juga sempat memuat naik foto pakaian terakhir Allahyarham sebelum menghembuskan nafas terakhir serta kenangan bercuti bersama keluarga besarnya itu.
Terdahulu, Zaquan memaklumkan bahawa anak ketujuhnya, Muhammad Aisy Al Raees telah meninggal dunia.
Jenazah kemudian selamat dikebumikan di Makam Tuan Haji Said, Sikamat, Negeri Sembilan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source