Aina Gembira Ernie Menang Vokal Terbaik, Tapi Peminat Pula Melaga-Lagakan

Penyanyi Aina Abdul meluahkan rasa gembira apabila Ernie Zakri berjaya memenangi Vokal Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39).
Memetik mStar Online, Aina yang sebelum ini memegang takhta itu empat tahun berturut-turut berkata Ernie layak untuk memenangi trofi tersebut.
BACA: “AJL39 Paling Banyak Saya Berhabis” – Aina Abdul Bawa Lebih 100 Kru
“Sebenarnya saya sangat gembira apabila Ernie dapat anugerah itu. Kami berdua sempat berborak dan menangis di atas pentas sebab bagi saya, sudah tiba masanya untuk Ernie menang.
“Dia penyanyi yang bagus namun sayangnya peminat kami sentiasa lagakan kami. Ernie juga ada kebolehan yang saya tidak boleh buat,” katanya.
Sementara itu, Aina turut meluahkan rasa yukur kerana tidak pulang dengan tangan kosong apabila menang persembahan terbaik dan akan kerja kelas lagi di masa akan datang.
“Saya bersyukur dengan segala anugerah yang Allah bagi. Saya tidak boleh tamak, ini maksudnya saya kena kerja keras lagi selepas ini.
“Sebenarnya saya tidak tahu apa yang saya idamkan untuk lagu ini. Kadang-kadang rasa kasihan dengan lagu ini sebab sebenarnya ada beberapa lagu yang saya tulis tidak sesuai untuk dipertandingkan dan Puas Sudah adalah antaranya,” katanya.
SUMBER: mStar Online
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source