“Kau Hina Cakap Aku Mengandung Anak Haram, Panggil Aku Jalang”

Perkongsian isteri kepada Shuk Sahar iaitu Fara Salleh menjadi perhatian apabila mendakwa suaminya mengabaikan taggungjawab serta tidak pernah melawat selama dia berada di hospital.
Menerusi hantaran di Insta Story, Farra mendakwa dia sering menerima provokasi daripada suaminya itu dan dia sudah lama berdiam diri.
BACA: Lepas Didiagnos Ada Masalah Jantung, Fara Salleh Rupanya Hamil Anak Pertama
Luah Fara lagi, jika tidak mahu bertanggungjawab sebaiknya diam dan sepatutnya memberikan sokogan dan bukan dengan provok serta menengking.
Sementara itu, Fara turut berterima kasih kepada Shuk kerana mengeluarkannya dari kumpulan bisnes serta mendakwa Shuk telah menghina anak yang berada dalam rahimnya.
“Makanlah segala rezeki anak bini Allah bagi pada kau tu… In shaa Allah aku boleh cari duit sendiri untuk prepare barang anak dan bersalin nanti.
“Lagipun masa kat Paris haritu kau hina cakap aku mengandung anak haram panggil aku jalang… Aku tak takut hilang kau,” tulisnya.
Dalam pada itu, Fara juga turut memberi bayangan akan membawa perkara itu ke mahkamah tidak lama lagi serta meminta untuk memberikan kerjasama.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source