Nak sewa rumah pun kena kerja ‘gomen’

PETALING JAYA – Seorang wanita buntu apabila sukar mendapatkan rumah sewa gara-gara tidak bekerja sebagai penjawat awam.
Menerusi perkongsian wanita tersebut di Facebook, dia berhubung dengan seorang pemilik rumah berkenaan sebuah rumah yang ingin disewakan.
Melalui tangkap layar perbualan antara dua individu tersebut didapati, pemilik rumah berkenaan bagaimanapun enggan menyewakan kediaman tersebut sebaik sahaja mendapati wanita itu dan pasangannya bukan penjawat awam.
“Tuan rumah ada hak memilih penyewa, tapi kalau semua fikir begini, orang kerja swasta nak duduk mana?,” tulis hantaran tersebut.
Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna meninggalkan pelbagai reaksi terhadap tindakan pemilik rumah sewa berkenaan.
“Payah ni, nak kahwin kena kerja kerajaan, buat pinjaman nak kena kerja kerajaan, sewa rumah pun nak kerja kerajaan,” kata Maq.
“Yang kerja swasta ini kena kongsi slip gaji enam bulan dekat tuan rumah bagi dia yakin supaya tak ada tunggakan bayaran sewa. Risau pemilik ada pengalaman buruk dengan pekerja swasta,” kata Zafran.
“Boleh diterima alasan dia sebab nak orang yang ada aliran tunai yang stabil dan boleh menetap lama,” kata Bobbie.
“Itu hak tuan rumah, terimalah. Cari rumah lain,” kata NeskapeAis. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source