Man Tiger berdepan 10 tahun penjara

KLUANG: Seorang pekerja katering mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan cuba membunuh pasangan suami isteri dengan melepaskan tembakan di Kampung Bukit Batu, Simpang Renggam pada 10 Februari lalu.
Tertuduh, Abdurrahman Abdullah, 33, atau lebih dikenali sebagai ‘Man Tiger’ membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mujib Saroji.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh bersama dua lagi rakan yang masih bebas telah melepaskan tembakan terhadap pasangan suami isteri, Dian Yulandi Suboh, 37, dan Ahmad Fadhullah Mohamed, 38, di TL 17, Kampung Bukit Batu pada pukul 12.17 tengah hari, 10 Februari 2025.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Inspektor Suniza Nan Yan manakala tertuduh diwakili peguam, Kent Tan Chow Teng.
Suniza memohon tiada jaminan kepada tertuduh kerana kes adalah serius dengan melibatkan senjata api.
Mahkamah menetapkan 20 Mac ini untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source