Babah hari-hari joging, dia tiada masalah kesihatan – Anak

GEORGE TOWN – Anak kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin, 59, memaklumkan yang Allahyarham bapanya itu merupakan seorang yang pentingkan penjagaan kesihatan dan tiada masalah kesihatan.
Muhammad Iszul Imadi, 32, yang merupakan anak kedua daripada empat beradik berkata, dia terkejut sebaik menerima perkhabaran itu petang semalam dan bergegas dari Ipoh ke Pulau Pinang bersama ibunya, Rozlita Abdullah, 55.
Menurutnya, kali terakhir dia menemui bapanya pagi semalam sebelum Allahyarham bertolak ke Pulau Pinang untuk menghadiri perlawanan bola sepak di Stadium Bandaraya.
“Babah tidak menunjukkan apa-apa perubahan dan petanda luar biasa.
“Pagi tadi (semalam) dia okay je tak ada apa, tak ada sakit apa. Dia memang main bola. Hari-hari berjoging, bersukan dan dia tiada masalah kesihatan. Itu yang terkejut,” katanya ketika ditemui pemberita di luar pekarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP), malam tadi.
Katanya, jenazah bapanya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia di Ipoh, Perak, pagi ini.
Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan Ishsam dilaporkan telah pengsan dan tidak sedarkan diri semasa bersalaman dengan pemain sempena Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru Piala Ketua Menteri Pulau Pinang di Stadium Bandaraya di sini, kira-kira pukul 5. 20 petang semalam.
Bagaimanapun, Allahyarham telah disahkan meninggal dunia di Jabatan Kecemasan, Hospital Pulau Pinang pada pukul 6.28 petang hari sama. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source