“Andai Jumpa Pasangan Yang Tepat, Biarlah Ini Perkahwinan Terakhir”

Pelakon Erra Fazira berkata dia dipertemukan dengan pasangan hidup yang tepat, dia berharap itu adalah perkahwinan terakhir buatnya.
Menerusi satu podcast, Erra juga mengharapkan dipertemukan dengan pasangan hidup yang mempunyai sasaran sama dan mencari seseorang yang sederhana namun mendamaikan.
BACA: “Andai Bumi Terbelah, Aku Tetap Cinta Padamu” – Erra Fazira & Mr.E ‘Healing’ Bersama Di Tepi Sungai
“Kalau dia (pasangan) pun sama macam saya nak belajar ‘landing’, mari kita buat sama-sama. Biarlah sasaran hidup kita sama iaitu mahukan ‘landing period’ (pengakhiran). Bukannya mencari pasangan yang masih mengejar dunia sangat.
“Kalau boleh kita nak ‘landing’ yang sama, saya pun masih belajar. Saya tidak mengharapkan pasangan yang ada ilmu hebat, tidak. Penanda aras untuk lelaki itu cukup sekadar sederhana tetapi mendamaikan,” katanya.
Menurut Erra lagi, siapa saja yang mendirikan rumah tangga pasti impikan ianya kekal hingga ke akhir hayat, sama juga sepertinya, namun dia percaya dengan aturan Allah,
“Siapa sahaja melangkah kaki ke alam rumah tangga, pasti ada impian mahukan inilah (perkahwinan) yang terakhir, terbahagia dan segalanya indah. Begitu juga dengan saya.
“Andai saya melangkah sekali lagi ke gerbang perkahwinan, jumpa pasangan yang tepat. Biarlah ini yang terindah dan membawa hingga ke akhir hayat, itu impian saya,” katanya.
Terdahulu, Erra mengaku sedang mengenali seseorang namun meminta agar semua pihak memberi ruang kepadanya.
Sementara itu, Mr E tidak menafikan yang mereka kini sedang dalam fasa mengenali hati budi namun hubungan mereka tidak lebih sekadar berkawan baik.
SUMBER: Kosmo
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source