“Saya Hanya Keluar Dengan Lelaki Berduit Sahaja”

Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie berkata dia sudah serik menanggung ‘biawak hidup’ dalam hubungan sebelum ini dan disebabkan itu sekarang dia hanya keluar dengan lelaki berduit sahaja.
Memetik Utusan Online, Zarina atau lebih mesra dipanggil Anju berkata ada yang menghubunginya melarang keluar dengan lelaki kaya apabila mendapat tahu dia keluar dengan lelaki sedemikian.
BACA: “Dia Juruterbang, Lelaki Sejati” – Zarina Anjoulie Sorok Identiti ‘BF’
“Sebenarnya, inilah perkara paling ‘menjijikkan’ bila ramai tahu saya keluar dengan lelaki kaya. Siap ada yang mesej saya supaya tak keluar dengan lelaki begitu.
“Itu sebabnya, sekarang ini bila ada kekasih baharu saya sudah tak kongsikan siapa dia di media sosial. Maaflah, saya dah serik. Memang jujur sekarang ini. Dulu, saya dah penat tanggung ‘biawak hidup’,” katanya.
Sementara tu, Anju berkata dia menjalin hubungan dengan lelaki kaya kerana mereka tahu bahawa kecantikan wanita itu memerlukan duit yang banyak.
Katanya lagi, sekiranya wanita lain memilih untuk hidup dengan pasangan yang hidup susah itu adalah pilihan mereka masing-masing.
“Lelaki kaya ini tahu menilai, faham tak? Mereka tahu kecantikan wanita itu semua perlukan duit. Untuk tampil cantik, perlukan duit.
“Orang yang mengata saya begitu, mereka jadikan lelaki miskin sebagai pasangan hidup, itu dia punya pasal. Pergilah cari kebahagiaan dengan lelaki miskin pilihan awak tu. Saya tak mahu sebab sudah serik. Saya tak suka bila cakap saya hanya cari lelaki berduit,” katanya.
Menjawab soalan tentang memilih lelaki kaya kerana sudah ‘pasang badan’, Anjur berkata dia layak untuk membuat pelbagai permintaan kerana dia sudah mempunyai segala-galanya.
“Saya layak apa hendak ‘demand’. Saya sudah ada segala-galanya, sudah berada di tahap bolehlah hendak ‘demand,” katanya.
Dalam pada itu, Anju memaklumkan dia sebenarnya sudah serik untuk mendirikan rumah tangga serta mengakui sebagai wanita dia mahukan lelaki yang kaya.
“Saya nak tanyalah, perempuan mana yang tidak mahu lelaki kaya? Jangan menipulah! Kalau ada yang kata tidak hendak, itu sebab tiada lelaki kaya yang mahu pada dia.
“Perempuan mana yang tak suka duit? Jadi tidak payahlah mahu cakap ‘oh Anju hendak lelaki berduit sahaja’. Hakikatnya saya ada duit dan saya pun mahu lelaki yang berduit,” katanya.
SUMBER: Utusan Online
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source