Sudah Nafi, Netizen Yakin Fattah Amin & Amira Othman Bercinta

Nampaknya netizen masih lagi dengan dakwaan mereka bahawa pelakon Fattah Amin dan penyanyi Amira Othman sedang bercinta meskipun sudah menafikan telah mengikat tali pertunangan.
Malah, netizen tetap dengan dakwaan berkenaan selepas tular video Fattah dan Amira muncul bersama bagi mempromosikan sebuah produk penjagaan wajah.
BACA: Fattah Amin Dipuji Utamakan Solat Sebelum Rakam Lagu
Ada netizen mendakwa pandangan dan reaksi Amira terhadap Fattah dilihat berbeza berbanding sebelum ini. Turut menjadi perhatian apabila pengasas jenama produk berkenaan sempat mengusik Amira.
“Kalau Fattah dan Amira jadi kahwin nanti, saya tetap sambung kontrak,” kata pengasas jenama tersebut kepada Amira.
Sementara itu, turut menjadi perhatian kehadiran Amira pada majlis kesyukuran menyambut Ramadan yang dianjurkan Fattah.
@rissaskin_hq Replying to @Munirah Marzuki Kita doa yg baik baik tau. Janji malam esok dating dgn mem dan FATTMIRA dan beli #intensivenightcreamrissaskin byk2 mem spill the tea ?? Gurau je ek
Malah, tular video memaparkan Amira duduk bersama keluarga Fattah dan juga bersebelahan ibu aktor berkenaan. Dalam pada itu, ada netizen berpendapat Fattah dan Amira sedang bercinta meskipun sudah menafikan sebelum ini.
“Tak kisahlah mereka nafi, tapi tetap rasa Fattah dan Amira sedang bercinta.
“Sekarang ini, pandangan Amira dan Fattah terhadap antara satu sama lain nampak berbeza. Macam ada sesuatu!
“Awalnya rasa gimik tapi lama-lama rasa lain macam pula,” komen netizen.
SUMBER: HibGlam
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source