Wanita maut tercampak di Lebuh Raya DASH

PETALING JAYA – Seorang wanita dilaporkan meninggal dunia akibat tercampak ke bawah Lebuh Raya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) selepas terlibat nahas jalan raya petang tadi.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit.
“Kes masih dalam siasatan manakala kenyataan media akan dikeluarkan selepas selesai siasatan,” katanya kepada Kosmo!
Meninjau ruangan komen video tular di media sosial, mangsa ketika kejadian dipercayai menunggang motosikal secara berasingan dengan suaminya sebelum terlibat kemalangan dan tercampak ke bawah lebuh raya berkenaan.
“Jatuh dekat dalam Sungai Penchala. Kalau tengok depan-depan tadi tak boleh berfikir macam mana boleh ke dalam sungai. Suami isteri naik motosikal berasingan tak silap,” komen Saz.
“Takziah.. Saya di lokasi kejadian..kemalangan berlaku depan saya. Saya yang terjun dalam parit untuk tutup jenazah,” kongsi Amran Amatsudin.
“Patutlah nampak banyak kereta polis tadi. Ada kemalangan rupanya. Salam takziah pada keluarga,” ujar CikMutiara. -KOSMO! ONLINE.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source