“Mungkin Faktor Umur Sebab Wajah Saya Berubah”

Pelakon sensasi Fathia Latiff berkata dia tidak kisah perubahan wajahnya menjadi bualan ramai netizen di media sosial.
Memetik HibGlam, Fatiya berkata pertambahan usia menjadi faktor utama perubahan wajahnya dan dia tidak marah jika ada yang bercakap mengenai wajahnya.
BACA: Fathia Latiff Dedah Bakal Kahwin Tahun Depan
“Itu pendapat masing-masing, bagi saya sama sahaja (wajah). Mungkin faktor umur menyebabkan wajah saya berubah.
“Saya tidak marah pun orang yang bercakap tentang wajah saya sebab itu pendapat masing-masing. Saya terima sahaja,” katanya.
Sementara itu, Fatiya mengakui lumrah bergelar selebriti dia ada melakukan rawatan wajah untuk mengekalkan kecantikan.
“Saya ada ‘eye bags’ dan ada buat rawatan untuk hilangkannya, selain itu saya ada buat rawatan licinkan kulit. Rawatan yang ekstrem saya tidak buat,” katanya.
Pada September tahun lalu, Fathia mendedahkan dia bakal mendirikan rumah tangga awal tahun hadapan dengan jejaka pilihannya. Fathia berkata kekasihnya itu juga berbeza dengan lelaki lain yang pernah mendekatinya.
SUMBER: HibGlam
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source