Pang Ron-Su Yin lulus ujian pertama

KUALA LUMPUR – Beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin menepati ramalan ke pusingan kedua pada Kejohanan Terbuka Jerman apabila mudah membenam cabaran Koceila Mammeri-Tanina Mammeri dari Algeria.
Pada aksi pusingan pertama yang berlangsung di Westenergie Sporthalle, Mulheim sebentar tadi, pasangan No.14 dunia hanya memerlukan masa 26 minit untuk mencatat kemenangan straight set 21-11, 21-15.
Kemenangan itu pastinya menjadi permulaan terbaik buat Pang Ron-Su Yin dalam usaha memenuhi hasrat ketua jurulatih beregu campuran Akademi Badminton Malaysia (ABM), Nova Widianto yang mengharapkan mereka meraih gelaran sulung Jelajah Dunia.
Pada perlawanan itu, Pang Ron-Su Yin menampilkan aksi lebih baik jika dibandingkan ketika mereka tewas kepada beregu Hong Kong, Tang Chun Man-Ng Tsz Yau pada Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) 2025 yang lalu.
Walaupun hanya berdepan Algeria, namun kemenangan itu sedikit sebanyak mampu memberi suntikan moral buat pilihan kedua berkenaan menjelang aksi pusingan kedua esok menentang Gao Jia Xuan-Wu Meng Ying dari China.
Turut mengiringi naib juara China Masters tahun lalu itu ke pusingan kedua adalah beregu wanita, Go Pei Kee-Teoh Mei Xing yang menewaskan wakil tuan rumah, Selin Hubsch-Amelie Lehmann 21-12, 21-14.
Sementara itu, beregu campuran profesional, Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien juga melepasi pusingan pertama dengan menyingkirkan pilihan kelima dari Singapura, Terry Hee-Jin Yujia menerusi aksi tiga set 15-21, 24-22, 21-19. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source