Fathia Latiff Terkilan Tiada Tawaran Berlakon

Pelakon Fathia Latiff mengakui terkilan apabila tidak menerima sebarang tawaran berlakon daripada mana-mana pihak produksi.
Memetik mStar Online, Fathia bagaimanapun meluahkan rasa syukur apabila pengarah Erma Fatima menawarkan peluang untuk membintangi drama bersiri, Bidaah.
BACA: “Mungkin Faktor Umur Sebab Wajah Saya Berubah”
“Buat masa ini saya sedikit terkilan pihak produksi tidak berikan saya tawaran berlakon. Jadi saya bersyukur Erma Fatima beri peluang untuk saya kembali ke dalam industri.
“Apa pun saya percaya rezeki di tangan Tuhan, cuma cepat tau lambat saja,” katanya.
Sementara itu, Fathia menafikan dakwaan kononnya dia sudah berhenti berlakon serta mengatakan mungkin ramai sangkakan dia sudah tiada dalam industri.
“Saya tak pernah berhenti berlakon, cuma setakat ini hanya Erma sahaja tawarkan saya kerja. Mungkin ramai ingat saya dah tiada dalam industri, jadi kalau siapa nak beri saya kerja berlakon boleh hubungi saya,” katanya.
Dalam pada itu, Fathia berkata dia kini hanya berkongsi di media sosial mengenai kerjaya seninya sahaja demi menjaga kesihaan mental.
“Saya lebih suka simpan sendiri dan ia bagus untuk jaga kestabilan mental saya. Jadi saya hanya akan muat naik perkara tentang kerja saja,” katanya.
SUMBER: mStar Online
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source