Suami Elisya Sandha Fail Saman RM808,260 Terhadap Syarikat Wak Doyok

Suami kepada pelakon, Elisya Sandha iaitu Uzair Haqimy Azman melalui syarikat miliknya, LXM Resources memfailkan tuntutan saman terhadap WD Food Group Sdn Bhd milik pelakon dan pempengaruh, Wak Doyok di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 28 Januari lalu.
Memetik mStar Online, Uzair mendakwa syarikat milik Wak Doyok melanggar perjanjian dalam pembayaran sewa kenderaan yang membabitkan jumlah keseluruhan tuntutan sebanyak RM808,260.
BACA: “Si Dia Berusia 25 Tahun Ke Atas” – Wak Doyok Akur Calon Isteri Pilihan Ibu
Uzair berkata syarikat itu didakwa gagal dan cuai untuk mematuhi dua perjanjian perkhidmatan sewa kenderaan dalam tempoh 24 bulan bermula 22 Disember 2023 dan 21 Jun tahun lalu.
“Pihak WD Food Group membuat pembayaran awal tapi mereka gagal selesaikan pembayaran tertunggak bagi kedua-dua perjanjian.
“Kami sudah usaha selesaikan perkara ini secara baik dengan beri peluang kepada defendan membuat pembayaran sebelum tindakan guaman difailkan namun gagal patuhi tuntutan tersebut,” katanya.
Menurut Uzair, dia berharap syarikatnya akan mendapat keadilan yang sewajarnya selepas memfailkan tuntutan saman terhadap pihak defendan.
Katanya lagi, syarikatnya itu juga masih berusaha untuk kembali memulihkan kewangan syarikat selepas mengalami kerugian besar.
“Saya harapkan keadilan untuk syarikat, sebab sudah tentu kami terkesan dengan apa yang berlaku. Nak kata sudah kembali stabil pun tidak juga tapi kami cuba uruskan perniagaan secara baik,” katanya.
SUMBER: mStar Online
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source